Anak Lan Solo Alami Ses4k N4fas, Ini Kata D0ktor Sampai Terima Bantuan P ern4fasan

ANAK lelaki kepada penyanyi Lan Solo terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatran di Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas pada malam Sabtu.

Kata Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusuf, 37, anaknya Muhammad Akid Qassyaff, 7, mengadu suk4r bernafas ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri satu program di ibu kota.

“Ketika dalam kereta, Akid mengadu susah hendak bernafas. Dia sendiri susah nak jelaskan bagaimana keadaannya. Maklumlah budak kecil lagi.

“Jadi saya terus bawa dia ke bahagian kecemasan dan dia terpaksa ditahan di wad untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi mStar.

Lan bersama isteri dan anak-anak

Menurut Lan, pemeriksaan doktor mendapati terdapat habuk kotor pada saluran darah yang mengakibatkan dia sukar bernafas.

Tambahnya, anaknya itu sebelum ini sudah disahkan mengalami asma.

Akid kini dalam keadaan stabil namun masih menerima bantu4n pern4fasan.

Ia terjadi mungkin disebabkan dia terlalu sensitif dan gemar bermain di luar

“Doktor memberitahu ada habuk pada saluran darah anak saya.

“Ia terjadi mungkin disebabkan dia terlalu sensitif dan gemar bermain di luar.

“Akid memang ada masalah asma sejak usia empat tahun cuma sudah lama dia tidak mengalami situasi teruk begini,” jelasnya.

Disebabkan tahu keadaan k3sihatan anaknya itu, Lan juga sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan akan terus membawa anak menerima rawatan jika berlaku sedemikian.

“Sejak kami tahu Akid ada asma, memang sentiasa bersedia jika melihat dia mengalami k3sukaran bernafas.

“Lebih senang untuk terus bawa menerima rawatan kerana pusat perubatan tersebut sudah mempunyai rekod k3sihatan anak saya dan mereka tahu ubat terbaik untuk Akid,” ujarnya.

Untuk rekod, Lan mendirikan rumah tangga dengan Nur Sheila Hassim pada Disember 2009.

Selain Akid mereka juga mempunya tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 8, dan Nur Amna Quzandra, 4.

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*