Hampir Tak Kenal, Lain Sekarang, Wajah Terbaru Sidi Oraza & Isteri Raih Perhatian

Suatu ketika dahulu, susuk tubuh berwajah tampan ini pernah mewarnai dunia seni lakonan tanah air.

Bahkan era 90-an nama Sidi Oraza cukup terkenal ditambah dengan lakonan yang cukup mantap dalam filem Sayang Salmah dan Layar Lara telah menjulang nama jejaka ini ketika itu.

Namun Sidi Oraza yang kini bergelar Dato Sri kemudiannya men1ngg4lkan dunia lakonan dan menceburi bidang bisnes berasaskan perladangan dan baja.

Kehidupan rumah tangga juga bahagai disamping isteri tercinta Datin Sri Tengku Ismawti yang juga dram4t1s terkenal suatu ketika dahulu.

Sidi Oraza atau nama sebenarnya Syed Osman Bin Syed Rastan, berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang, merupakan seorang pelakon Malaysia yang mencipta nama pada era 1990-an.

Pernah memenangi award Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-41, 1996 (Auckland, New Zealand), melalui Filem Sayang Salmah. Sekarang menjadi usahawan yang berjaya.

Selepas itu, nama Sidi Oraza mula tenggelam dek kemunculan nama-nama baru sementelah pasangan ini juga tidak lagi aktif.

Terbaru, pelakon Ainina Ahmad b memuat naik sekeping gambar di laman instagramnya bersama Sidi Oraza dan isterinya.

Ainina mengambil peluang tersebut untuk mengabadikan gambar kenangan bersama pelakon yang cukup dikaguminya suatu keika dahulu.

Abg Sidi Oraza ….one of the best actor i’ve known…. and got lucky sebab dpt berkerjasama dlm beberapa drama..still mcm dulu peramah.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Apatah lagi ramai yang ingin mengetahui perkembangan pelakon ini memandangkan sudah lama tidak mendengar khabar mereka.

ezann83 Sy suka beliau berlakon, teringat masa sy kecik beliau berlakon di blkg rumah sy.. Isteri nya pelakon jugak kan.. Tgku Isma..

dyana_razak Tiga2 legend kak termasuk akk

sambalsusanmanensetiawangsa Wah Legend nie. Membesar dgn drama2 Melayu 90an. Pelakon & jalan cerita memang terbaek la semua.

haziahhaniff1453 Alhamdulillah dpt tgok actor Sidi Oraza lma mnghilanh mg betul best actor.

haizaman Lama dah tak tgk Abg Sidi Oraza berlakon…minat sgt dgn lakonan dia

nishataufan One of the best actor! Sy minat betul dgn lakonan DIA

jasli_intan Lainnya muka abg sidi oraza…

ipah_sim2 Suami isteri dua2 pelakon lama dulu mmg selalu tgk lakonan mereka.

Sedikit info Sidi Oraza,

Dato’ Sri Sidi Oraza (lahir Syed Osman bin Syed Rastan; 31 Oktober 1965) merupakan seorang usahawan dan bekas pelakon lelaki Malaysia yang mencipta nama pada era 1980-an. Sebagai pelakon bergred A di Malaysia, kelibat Sidi agak sukar untuk dilihat dalam banyak karya.

Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang selektif. Beliau juga telah cuba berlakon teater bagi mengasah kembali bakat berlakon beliau setelah berhenti seketika akibat penyakit.

Pada awal 2000-an, beliau mengambil keputusan untuk men1ngg4lkan bidang lakonan dan memberi perhatian terhadap perniagaan yang berasaskan perladangan yang dimiliki oleh beliau dan dibantu oleh abangnya, Syed Omar Syed Rastan.

Kini beliau membantu petani-petani tempatan dengan syarikat beliau iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd.

Sumber Wiki/Keluarga/edisihiburan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://transformasi.host/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*