‘Sayu nampak Pitt’- Mohd Hafiz Setiausaha SENIMAN

“SEBAIK my4t diangkat, hati ini terasa begitu sayu. Manakan tidak, ia membabitkan kawan sendiri,” kata pelakon Mohd Hafiz Mohd Nafiah yang berkongsi pengalaman menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) pengarah filem Pitt Hanif, 43 yang lem4s di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang, hari ini.

Setiausaha Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) itu berkata, operasi itu disertainya bermula 8 pagi hari ini sebaik dia menerima perkhabaran mengatakan anak lelaki kepada pelakon tersohor, Fauziah Nawi dikhuatiri lem4s ketika memancing di sungai berkenaan, 11 pagi semalam.

Berkongsi situasi sebenar pencarian katanya, mereka menggunakan sebuah bot dalam misi yang dilakukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Hampir lapan jam memperluaskan pencarian, my4t (Pitt Hanif) ditemui 4.25 petang iaitu 500 meter daripada lokasinya terjatuh. Ketika my4t diangkat anggota bomba, saya tidak dapat menggambarkan betapa sedihnya hati ini,” katanya.

Menurut Mohd Hafiz, dirinya seperti tidak percaya Pitt sudah mninggal dvnia tambahan pula dia baru bertemunya 10 hari lalu kerana turut membintangi filem Coast Guard dengan memegang watak anggota maritim iaitu Pegawai Operasi Tommy.

“Biarpun sudah 10 tahun mengenali Pitt, ini adalah kali pertama saya berlakon dalam karya arahannya. Sepanjang mengenali, arwah tegas ketika bekerja tetapi di luar lokasi penggambaran dia periang,” katanya yang berkongsi video SAR di Facebook miliknya, hari ini.

Menurut Mohd Hafiz, arwah begitu gemar memancing dan sanggup melakukan praktis dalam kolam renang.

Dalam urusan pengebumian, dia yang turut berada di Lipis memberitahu, jnaz4h dimandi dan dikafankan sebelum dibawa pulang ke rumah ibunya di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.

“Van membawa jnaz4h memulakan perjalanan 9 malam ini dan tiba di Kuala Lumpur jam 12 tengah malam,” katanya.

 

TERDAHULU, Isteri Pitt Hanif, Farah Ahmad memberitahu “WALAUPUN sedih, saya reda dan syukur suami pergi dalam keadaan syahid kerana sedang bekerja mencari rezeki dan nafkah untuk kami sekeluarga.

“Ketika saya reda semua orang tahu saya sedih dengan pemergiannya. Sebelum ini (sebelum my4t dijumpai) saya dan anak-anak sentiasa berdoa ada keajaiban dalam operasi mencarinya.

“Masa sama saya beritahu anak-anak kena terima ketentuan Allah SWT dengan apa yang ditakdirkan.”

Itu kata Farah Ahmad, 42, isteri kepada pengarah drama dan filem Firdaus Hanif, 43, yang ditemui lem4s ketika sedang memancing dekat Jambatan Gemenchur di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis semalam.

Farah berkata, dia sedikit terkilan kerana sudah lebih dua bulan tidak berjumpa suaminya disebabkan kesibukan tugas masing-masing dalam bidang seni.

Farah yang juga pelakon drama berkata, sebelum ini dia dan suami yang dikenali Pitt Hanif merancang untuk bercuti bersama namun tidak dapat direalisasikan.

Katanya, dia bersama tiga anak perempuan berusia tujuh hingga 16 tahun bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan kru produksi.

“Saya dapat panggilan telefon daripada kru produksi dan terus ke lokasi petang semalam.

“Arwah tidak memaklumkan mahu keluar memancing pada kali terakhir dia menghantar pesanan menerusi aplikasi Whastapp Khamis lalu.

“Assalamualaikum nyawa-nyawa ayah. Itu pesanan terakhir yang dia hantar kepada kami sekeluarga,” katanya.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Pitt yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi dikatakan memancing bersama seorang lagi rakannya.

Bagaimanapun bot gentian kaca dinaiki mereka dikatakan pecah dipercayai melanggar tiang jambatan sebelum dia dihanyutkan arus sungai manakala rakannya dapat diselamatkan.

Pitt dilaporkan dalam fasa terakhir menyiapkan sesi penggambaran filem Coast Guard yang memulakan penggambaran sejak lebih dua bulan lalu.

May4t dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk tindakan lanjut.

“Pitt, mama minta maaf sebab mama tak dapat jaga Pitt sebagaimana mama janji dengan arwah baba dulu. Berakhir sudah kehidupan anak saya di usia 43 tahun,” kata pelakon popular Fauziah Nawi, 66 selepas my4t anaknya yang juga pengarah filem Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 43 atau Pitt Hanif ditemui di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang, kira-kira 4.25 petang tadi.

Penemuan itu menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas pengarah filem Coast Guard itu dikhuatiri lem4s ketika memancing di sungai terbabit, 11 pagi, semalam.

Fauziah menerusi siaran langsung di Facebook miliknya hari ini menzahirkan kesedihan atas pemergian anak kesayangannya.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Saya Fauziah Nawi mengumumkan bahawa jnaz4h anak saya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif ditemui dalam keadaan sangat elok.

“Saya kini berada di rumah dan Alhamdulillah menurut adik saya, Mohd Fauzi Nawi yang berada di lokasi my4tnya sudah ditemui.

“Anggota bomba bertugas memberitahu dia tak pernah jumpa jnaz4h secantik itu biarpun sudah dua hari berada dalam air,” katanya.

Fauziah dalam pada itu menzahirkan penghargaan buat semua pihak yang mengirimkan doa dan ketika ini tidak dapat menjawab panggilan telefon. Katanya, jnaz4h sudah dibawa ke Hospital Kuala Lipis dan selepas itu akan dibawa pulang ke rumah.

“Saya tidak tahu sama ada jnaz4h akan dibawa ke rumah saya di Taman Melawati (Kuala Lumpur) atau rumah mentuanya iaitu tempat tinggalnya bersama keluarga.

“Innalillahiwainnailaihirrajiun, berakhir sudah kehidupan anak saya. Allahuakbar, Pitt,” katanya.

Sementara itu, ahli keluarga memaklumkan jnaz4h kini berada di Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat sebelum dimandikan, dikafan dan disolatkan.

Menurutnya, jnaz4h kemudian akan dibawa pulang ke rumah Fauziah Nawi di Taman Melawati sebelum dikebumikan. Buat masa ini, pihak keluarga belum memutuskan di mana dan bila jnaz4h akan dikebumikan kerana perlu melalui prosedur di hospital terlebih dahulu.

Portal berita akhbar ini semalam melaporkan Pitt dan Pengarah Fotografi filem Coast Guard, Sham Mokhtar, 38 menaiki bot fiber untuk memancing di sungai itu sebaik menamatkan penggambaran filem pada jam 9 pagi.

Bot dinaiki bagaimanapun merempuh tiang sebuah jambatan sebelum ia terbalik dan terbelah dua.

Sham dapat menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi tebing namun Pitt dibawa arus deras sebelum tenggelam.

 

Kredit: Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*