Hafreez Adam dedah siapa yang minta putus pertunangan antara dia dan Zara Zya

Baru sebulan pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam mengikat tali pertunangan, namun hubungan itu akhirnya terlerai.

Sememangnya ramai yang terkejut dengan berita ini.

Hafreez berkata, perasaan kecewa membuatkan dia nekad untuk memutuskan tali pertunangannya dengan Zara walaupun beberapa kali cuba menyelamatkan hubungan itu.

“Ya, betul. Kami dah putus tunang. Kami dah cuba selamatkan hubungan ini tetapi nampaknya, ia tidak boleh diselamatkan lagi,” kata Hafreez.

View this post on Instagram

Good morning. Siapa cuti today? 🤣

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on

Memetik mStar Online, Hafreez berkata keputusan itu dibuat secara matang.

“Kami tak bergaduh pun dan saya akui, keputusan tersebut datang daripada saya. Saya yang memilih untuk take time off.”

View this post on Instagram

Aku ini wanita biasa 🌹

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Hafreez mengakui masih sayang pada bekas tunangnya, namun nekad untuk tidak meneruskan perhubungan walaupun Zara menginginkan sebaliknya.

“Benda ini terlalu baru. Sayang terhadap Zara itu masih ada cuma pada masa yang sama, kecewa, ralat itu semua ada.

“Cuma, saya tak mahu berfikiran negatif jadi saya anggap mungkin Tuhan nak saya ada dengan keluarga ketika ini.

“Saya akui memang Zara pernah cakap dengan saya kalau boleh dia tak nak putus tunang. Tapi, untuk saya sangat susah.

“Buat masa ini, lebih baik saya fokus kepada ahli keluarga dan kerjaya sahaja. Lagi pula, ayah baru meninggal dunia beberapa bulan yang lalu,” katanya.

Kata orang, ujian dalam tempoh waktu bertunang ni memang paling hebat. Cuma yang betul-betul kuat saja boleh bertahan.

Sumber Cari

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*