‘Kak Dah Letak Ke Baju?’ – Kisah Keluarga Susah Tunggu Baju Di Tong Pakaian Terpakai

Seperti yang kita sedia maklum, tidak semua orang di muka bumi ini dilahirkan dalam keluarga yang hidup dengan kemewahan dan kesenangan. Kadangkala, mereka terpaksa bekerja keras semata-mata untuk mengubah nasib keluarga.

Begitulah kisah yang dikongsikan pengguna Facebook, Ain Zul apabila dia dipertemukan dengan sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Apa yang lebih menyedihkan apabila melihat rumah yang dihuni keluarga ini benar-benar usang.

Anak 5 tahun panjat cari baju

Dah janji nak share dengan kawan-kawan pasal 5 insan ni kan. So hari itu waktu me time, lepas siap kemas rumah, makan dengan kawan dan terus menuju ke tong oren ni. Mummy panggil tong oren je, tempat letak baju, cadar terpakai yang nak sedekahkan. Tiap 6 bulan sekali memang akan kemas baju, shawl mana pakai, tak pakai and letak dalam tong oren ni. So ada 4 beg plastik bawak dari rumah penuh dengan baju. Mummy pun letak dalam tong tu.

Elok je masuk dalam kereta. 5 beranak ni sampai. Dengan motor. Cuba korang bayangkan macam mana bawak 3 anak kecik. Yang bawak motor tu kata ‘Kak dah letak ke baju?’. Mummy cakap la dah. Mummy tahu diorang perlu baju yang lebih elok dari pemakaian diorang. Time tu juga diorang buka tempat pembuka tong oren tu, memang tak ada la. Baju dah jatuh dalam tong.

Kalau dulu tong oren tu, pintu bawah boleh buka je untuk orang ambil baju kat dalam tu. Tapi mungkin disalahguna, mungkin lah. So pintu bawah tu dah dikunci. So memang tak dapat nak ambil sesuka hati barang dalam tu. Mummy berhentikan enjin balik. Tanya sikit. Yang bawa motor namanya Ija, dua anak 5 tahun dengan 3 tahun. Tengah bertanya, mummy tengok anaknya yang 5 tahun tengah panjat tong oren nak buka pintu atas. Bayangkan anak 5 tahun panjat nak cari baju. Dengan pakai baju t-shirt putih comot je.

Berniaga ubat semut

Yang membonceng seorang lagi namanya Finas, adik Ija. Finas bawak seorang anak umur 1 tahun setengah. Kecik sikit dari Aileen. Datang dari rumah Teluk Senangin ke Bandar Manjung dengan motor (dalam 30 minit perjalanan juga naik kereta), naik 5 orang. Bila tanya buat apa datang sini. Berniaga ubat semut Ija kata. Finas pula tolong Ija, alang-alang cari duit untuk operation tangan anak perempuannya 20 December 2019 di Hospital Sultanah Bahiyah, katanya waktu kecil tangan anak dia terkehel, jadi bengkok. Doktor nak betul kan. Tanya Ija anak 5 tahun tak ke tadika ke, katanya anak dia takde binti pun, sebab suaminya orang Thailand, tak ada sijil nikah.

Mummy cakap lah baju untuk anak perempuan banyak tapi kat rumah tak kemas lagi baju si Kak Aileen tu. Finas cakap memang nak cari baju untuk anak perempuan dia yang nak operation tu. Dia kata boleh ke mummy kemas petang ni, dia nak balik Kedah nak operation anaknya pagi Sabtu. Time jumpa dah pukul 4.30 petang. Mummy kata tak sempat dah, mummy nak pergi Kedah juga ada hal kahwin sepupu. Mungkin next time mummy boleh hantar kat rumah.

Ija kata kalau nak datang rumah boleh, tapi dia segan lah sebab kena duduk atas lantai. Rumah dia tak ada apa-apa. Kalau alamat pun, panggil Kampung Senangin je. Mummy kata tak apa. Nanti ada baju, mummy hantarkan. Sambil tengok Ija duduk dukung anak yang 3 tahun, pakai baju kuning Polo lusuh, terselak nampak tak pakai seluar. Pampers pun dah berat benar nampaknya. Di kala ada orang nak beli pampers pun ada terpaksa bercatu, kita anak pampers tukar 3 jam sekali punya lah tak nak bagi nappy rash kononnya. Bisik dalam hati.

‘Anak naik motor tengah panas’

Banyak lagi yang mummy tanya kan tapi sebab nak kena rushing ambil Aleesa dan Aileen kat taska, mummy grab je la apa yang ada dalam beg. Kebetulan ada balance shopping baju anak tadi dalam RM100, plan duit tinggal tu nak pecah dan beli kan Aileen aiskrim McD kesukaan dia balik sekolah jap lagi, lepas tu nak beli barang sikit untuk bekal gerak Kedah esok. Lepas itu mummy hulur je lah apa ada kat Finas, pesan kat dia ni untuk belanja anak-anak. Yang ni je mummy ada sekarang.

Finas ambik cakap banyak terima kasih. Sempat pesan kat dia doa banyak-banyak InsyaAllah nanti ade orang bantu ringankan beban anak nak operation. Sebelum mummy gerak, mummy tanya lepas ni nak ke mana, balik ke? Ija cakap tak, nak sambung berniaga ubat semut dulu baru balik rumah.

Dah ambil nombor telefon diorang, mummy pun drive ke taska anak-anak. On the way tu, sambil tengok jam kat tangan dah pukul 5.15 petang. Bisik lagi dengan diri sendiri. Aku ambik anak bawa balik rumah, balik dengan kereta, anak berpeluh pun aku dah risau kuat kan aircond cepat-cepat, beli kan aiskrim sedap-sedap balik rehat. Tapi, diorang berlima nak pergi sambung cari duit pukul 5.15 petang. Anak naik motor tengah panas.

Sumber: Ain Zul

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*