Kejutan Dua Juara Di Gegar Vaganza 6, Ini Komen Juri Kenapa Ade Dua Juara

Pentas akhir Gegar Vaganza musim keenam (GV6) menyaksikan pertembungan antara enam finalis dalam merebut takhta juara.

Mereka adalah lima penyanyi solo iaitu Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Sham (Visa), Jatt Ali dan Hady Mirza, serta penyanyi berkumpulan, One Nation Emcees.

Persaingan akhir yang bakal diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu menyaksikan para peserta diberi dua buah lagu tugasan iaitu secara solo dan ‘battle’.

PEMENANG GEGAR VAGANZA 2019

Tahniah diucapkan kepada Naqiu dan Hady Mirza. Masing masing akan bawa balik RM100k . Sememangnya mereka layak bergelar juara. Memang sengit antara Naqiu dan Hady Mirza. Dua dua memang hebat dan dua dua adalah Juara.

Memang lain dari yang lain dan tak pernah lagi berlaku di sejarah Gegar Vaganza tetapi tahun ini terjadi. Tahniah kepada semua.

Berikut senarai lagu konsert minggu akhir GV6:

SENARAI LAGU KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA 2019 (GV2019)

Hady Mirza – Ku Bersuara (Ernie Zakri)

Naqiu Boboy – Srikandi Cintaku (Bloodshed)

Jatt – Without You (Harry Nilsson)

One Nation Emcees – Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7)

Nurfatima – Insan (Yantzen)

Sham Visa – Haruskah Diuji (Farish)

Lagu Pusingan Battle (Nama penyanyi belum didedahkan)

Haa Tepok – MeerFly ft MK K-Clique & Kidd Santhe

In The End – Linkin Park

Angguk Angguk Geleng Geleng – Ahli Fiqir

SENARAI PENUH PEMENANG GEGAR VAGANZA 2019

Juara: Naqiu dan Hady Mirza

Naib Juara : TBC

Ketiga: Jatt

Keempat: Nurfatima

Kelima: One Nation Emcees

Keenam: Sham Visa 

Semasa sidang media ini yang dikatakan oleh pihak juri kenapa ade dua juara.

Dato` Ramli MS,

Mereka berdua sangat bagus dan markah sama. Saya sebagai ketua juri, saya ambil keputusan untuk beri juara kepada mereka berdua. Mereka berdua dari minggu pertama hingga final terlalu bagus.

Bonda Hetty,

Naqiu dan Hady sama kuat , dalam battle sama dan tiada mana yang kurang.

Sumber Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*