Penampilan Terbaru Ernisha Dewi Remaja Tidak Bertudung Persis Neelofa

Penampilan bintang media sosial, Ernisha atau nama sebenarnya Erni Nurshahira Khairul Zaman yang tampil dengan imej tidak bertudung sejak beberapa minggu lalu sebagaimana yang dikongsi di Instagram miliknya nyata mengundang perhatian ramai.

Imej terkininya itu turut mendapat reaksi pelbagai dari pengguna media sosial.

Terdahulu, menerusi tinjauan di platform sama, gadis berkenaan difahamkan telah memuat naik foto dan video dirinya tidak bertudung sejak awal bulan lalu.

Terdahulu, Ernisha pernah terpalit di dalam satu video dipercayai dirakam di sebuah kelab malam dalam keadaan tidak bertudung serta berpakaian menjolok mata hingga mencetuskan sensasi di media sosial.

Latar belakang salah seorang bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Ernisha. Walaubagaimanapun, umum mengetahui penyertaan beliau sebagai salah seorang peserta Top 12 akhirnya ditarik balik berikutan isu video kontroversinya yang tersebar sehari selepas episod akhir rancangan berkenaan. Keputusan itu dibuat rentetan beliau telah melanggar kontrak dan peraturan yang dipersetujui.

1. Pemilik nama penuh Erni Nurshahira binti Khairul Nizam.

2. Lahir pada 5 Januari 1995 di Ipoh Perak. Membesar di Ampang dan Rawang, Selangor. Kini berusia 24 tahun (2019).

3. Anak pertama daripada tiga beradik.

4. Keluarganya mempunyai bisnes sendiri.

5. Berketinggian 160 sentimeter dan mempunyai berat badan 52 kilogram.

6. Laman Instagramnya, @ernishaaa.

7. Mempunyai kemahiran dalam bidang pengurusan acara.

8. Bercita-cita ingin menjadi pengacara.

9. Ingin menempa kejayaan sebagaimana beberapa wanita berhijab popular lain.

10. Sukakan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan bermain go-kart. Pernah menduduki tangga ketiga dalam persaingan bersama seorang pelumba F1.

11. Berkebolehan menyanyi, berlakon dan mengacara.

12. Bercita-cita ingin mengembangkan bakatnya hingga menembusi pasaran luar negara.

13. Dikatakan mempunyai persamaan dengan pelakon Neelofa, namun beliau nekad untuk tampil dan dikenali dengan identiti tersendiri.

14. Pernah menyertai ujibakat Mentor musim ketujuh.

15. Ernisha menggesa agar netizen lebih berfikiran terbuka apabila mereka menganggap beliau yang berpenampilan berhijab tidak sesuai melibatkan diri sebagai Dewi Remaja.

View this post on Instagram

My ambition was to be a pilot jet pejuang sbb nak jadi macam arwah sepupu, arwah atok. But Allah lebih sayangkan my cousin, Kak Syikin meninggal diusia muda ketika sedang bertugas, helikopter Nuri terhempas di Genting Sepah beberapa tahun yg lalu. Tapi Allah tu maha merancang, Erni tak ditakdirkan jadi pilot. Yg penting cari rezeki halal & mampu buat family happy pun dah cukup. Jatuh bangun mencari rezeki utk keluarga tu sgt bermakna. So tabik spring to everyone yg tak give up even struggle mencari rezeki for family. Yg penting, doa minta segala urusan dipermudahkan. Setiap masalah yg ada pasti akan ada berita gembira pula dtg. Percaya kerja tuhan. 🌸

A post shared by Ernisha (@ernishaaa) on

View this post on Instagram

Nike fans put yo hands up 🙌🏻

A post shared by Ernisha (@ernishaaa) on

Sumber Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*