Perkongsian keputusan PT3 anak lelaki Sharifah Shahira di Instagram Menarik Perhatian, `Dari zaman mak dia sampai laa ke anak D je`

Perkongsian keputusan PT3 anak lelaki Sharifah Shahira di Instagram menarik perhatian orang ramai yang geli hati melihat kenyataannya itu.

Penyampai radio Suria FM itu mengatakan, di zaman dia sehingga ke anaknya sering menerima keputusan D, namun jangan sesekali menghina anaknya.

Dari zaman mak dia sampai laa ke anak D je.  Apa ni…adoiiiii..Dah cakap kat somi suh pergi pagi2 amik Satu je A’

Jangan hina anak kita😜…tau.. Kita pun macam tu dulu..Tapi kita bayar tax,Rajin gi umah org kawin,Rajin gi spital tengok orang sakit, Bergantung kalau tak busy

Nanti kita ajar anak kita sekolah hidup Supaya hormat org tua..dan tak macam org lain komen kecikkan hati orang..yeHidup gelak ketawa dan kecewa..biasa ye

Tahniah yang dapat A…😍 Jauhi DADAH…banyak D ni

 

Memetik laporan Harian Metro, Shira menyatakan dia tidak peduli segala tanggapan negatif orang ramai mengenai tindakannya memuat naik keputusan anak lelakinya itu.

Airell yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati hanya mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris manakala D (Bahasa Melayu), D (Bahasa Melayu Lisan), F (Sejarah), F (Geografi), D (Pendidikan Islam), D (Matematik), D (Sains) dan D (Reka Bentuk dan Teknologi).

“Saya kena adil. Kalau keputusan anak sebelum ini saya kongsikan, jadi untuk anak yang ambil keputusan PT3 kali ini pun saya memuat naik di Instagram.

“Saya tahu tahap akademik anak. Tak tahu nak buat apa lagi, tapi mungkin salah saya kerana kurang beri perhatian kepadanya.

“Walaupun menghantarnya ke pusat tuisyen, tapi saya lihat minatnya lebih kepada menonton YouTube. Namun, saya sering memberi nasihat dan mengingatkan dia mengenai kehidupan dan masa depan,” katanya.

Shira berkata, dia sudah menjangka keputusan yang bakal diterima anak lelakinya itu dan tidak memarahinya.

“Anak sudah dapat jangka saya akan kongsikan keputusannya di Instagram. Saya tak rasa dia malu atau sedih sebab ada perkara lain yang dia tak suka saya kongsikan di Instagram berbanding keputusannya itu.

“Meskipun cikgu di sekolah minta hantar anak ke sekolah swasta tapi saya tak rasa itu cara terbaik.

“Sekarang ini saya nak simpan duit sebab banyak komitmen yang perlu ditanggung selain semua anak akan dihantar belajar ke kolej nanti,” katanya.

Shira memang sempoi tetap jadi penyokong setia anak-anak tanpa mengira tahap kecemerlangan akademik, kerana kejayaan bukan diukur pada kepandaian yang terbukti dengan segulung sijil semata-mata

Sumber Cari

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*