Terdedah seorang pelakon terkenal rupanya adalah etnik Uighur, memang sangat lain daripada penduduk asal

Sejak kebelakangan ini, kisah pendedahan terhadap penindasan masyarakat Uighur di Xinjiang China telah membuka mata ramai pihak.

Bermula dengan sokongan daripada selebriti Muslim dunia, kini ia mulai mendapat perhatian beberapa buah negara sehinggakan mereka sanggup berhimpun menentang bentuk kekejaman komunis China kepada etnik Uighur ini.

Penindasan yang berlaku juga telah menyedarkan semua bahawa etnik Uighur ini berbeza dari segi agama, budaya dan rupa berbanding masyarakat majoriti China.

Berketurunan Uighur dan cantik!

Perkara tersebut dapat diperhatikan menerusi wajah cantik seorang selebriti China yang didakwa merupakan etnik asal Uighur. Dilraba Dilmurat adalah pelakon berbakat di China yang membintangi banyak drama di televisyen.

Wajahnya yang sememangnya cantik itu membuatkan ramai mata terpesona dan ingin mengetahui tentang pelakontersebut dengan lebih mendalam.

Menerusi satu portal yang menyatakan mengenai biodata Dilraba, dia merupakan etnik Uighur dan dilahirkan di Xinjiang. Dia juga fasih berbahasa Uighur dan boleh bertutur dalam bahasa Thai dan juga Korea.

Adakah Dilmara Muslim?

Selain itu, carian di Twitter juga mendakwa bahawa pelakon tersebut beragama Islam kerana pernah mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan pada tahun 2013 namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.

Tiada pendedahan mengenai etnik asalnya

Walau bagaimanapun, keturunan dan juga agama Dilraba tidak pernah didedahkan kepada media disana berkemungkinan kerana enggan mencampuradukkan kerjaya dan juga kehidupan peribadinya.

Namun, pesona yang dibawa oleh pelakon ini memang luar biasa berikutan terlihat begitu cantik dan berwajah berbeza berbanding majoriti penduduk China di tanah besar itu.

Jadi, jelaslah disini bahawa budaya, rupa dan juga agama yang berbeza daripada penduduk China membuatkan mereka cuba untuk menghapuskan etnik minoriti ini dengan pelbagai cara bagi memastikan etnik tersebut terasimilasi dengan penduduk majoriti China ketika ini.

Sumber : Twitter, Hotpot

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*