Gadis Tweet Minta Permaisuri Doakan Ibunya Berjaya Dlm Larian 71km, Tak Sangka Ini Respon Tuanku

” Ye mak saya sudah 70 tahun. Insha Allah next year 71 tahun. Alhamdulillah mak saya masih kuat nak berlari, ajak lari 10km pun masih steady. Doakan ya mak saya diberikan kesihatan yang baik.

Itu perkongsian seorang gadis, Siti Fatimah Zahra Abdul Hamid, 27 tentang ibunya yang masih mempunyai khudrat melakukan larian jarak jauh meskipun usia sudah mencecah 71 tahun.

Malah beliau turut berkongsi ibunya, Partini Rosmanan bakal melakukan misi larian sejauh 71km tahun depan.

Serentak dengan itu juga, Siti Fatimah telah menulis ciapan di Tweeter yang ditujukan kepada Raja Permaisuri Agong meminta tuanku mendoakan ibunya yang turut menarik perhatian ramai.

” Ampun Tuanku. Mak patik sampaikan salam buat tuanku. Mak patik mohon doakan semoga diberikan kesihatan yang baik.

” Insya Allah, (pada) 2020, mak patik dalam misi berlari 71km sempena usianya 71 tahun,” kongsi Siti Fatimah yang juga penyelidik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) cawangan Pasir Gudang.

Siapa sangka ciapan Siti Fatimah itu telah mendapat respon balas daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menunaikan permintaan beliau.

” Saya doakan dan kirim salam kat (kepada) mak,” titah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Twitter miliknya.

Siti Fatimah ketika dihubungi berkata, dia berkongsi hasrat ibunya semalam dan mereka mahu menyimpan kenangan indah bersama Raja Permaisuri.

” Saya mengikuti perkembangan Tunku Azizah sejak sekian lama, malah kami adik-beradik pernah mengikut program Kembara Mahkota Johor (KMJ) sejak 2004.

” Secara peribadi, saya sendiri pernah bertemu dengan Tunku Azizah, selain mengikuti perkembangan Keluarga Diraja Johor,” katanya.

Ciapan Siti Fatimah dan mendapat respon balas Raja Permaisuri Agong.

Menurutnya, dia akan menemani ibunya menjayakan misi larian itu pada tarikh lahir ibunya, 1 Januari ini.

” Sasaran kami 71 km, namun ia dijangka mengambil masa beberapa hari dan dilaksanakan secara kumulatif di Kota Tinggi. Kami bercadang memulakannya di Bandar Penawar dan di kawasan kampung,” katanya yang tinggal di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi.

Meskipun sudah berusia, katanya, Partini yang mempunyai tujuh anak, 12 cucu dan tiga cicit, sangat aktif melakukan aktiviti kecergasan.

” Bahkan ketika usia ibu sekitar 50-an, dia sering mengikuti aktiviti larian bersama penduduk kampung dan rajin berkebun di sekeliling rumah.

” Dalam usianya, 70 tahun, dia masih aktif menyertai program larian dianjurkan di Johor Bahru dan sering menemani saya ke acara itu,” katanya yang memberitahu ibunya juga mengajar penduduk mengaji al-Quran.

Partini mengamalkan gaya hidup sihat termasuk mengambil madu setiap pagi, makan ulam-ulaman dan minum air.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*