Lagi Ustaz Selebriti Tercidok Dan Kali Ini Lebih Dasyat Dari Ustaz 18,19. Isteri Dedahkan Segalanya Di IG

BELUM reda kontroversi rumah tangga beberapa pendakwah selebriti, timbul pula kisah terbaharu membabitkan seorang lagi penceramah bebas kelahiran program realiti yang didakwa berlaku curang.

Pendedahan tersebut dilakukan isterinya yang kami namakan ia sebagai A.

A mendakwa dirinya sudah tidak mampu untuk menanggung beban dan penderitaan sepanjang empat tahun perkahwinannya dengan selebriti terbabit.

Tambah wanita itu, dia mengalami tekanan emosi ekoran perbuatan buruk suaminya yang beberapa kali ‘terkantoi’ kerana curang.

Isteri dedah sikap suami di laman Instagram

“Bukan niat saya untuk membuka aib suami kepada khalayak, namun saya tak mahu mereka terpedaya dengan penampilan golongan sebegini.

“Bayangkan suami saya sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya terbongkar selepas saya menemui rakaman video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbitnya,” ujar wanita itu kepada mStar.

Lebih mengejutkan, A mendedahkan ia bukanlah kali pertama suaminya melakukan perkara seumpama itu.

Dia juga mendakwa turut menemui beberapa keping gambar bekas teman wanita suaminya yang dikongsi melalui kiriman pesanan peribadi (DM) di laman sosial Instagram.

“Ini bukan kali pertama, sebelum ini dia pernah bertukar gambar berahi dengan bekas teman wanitanya menerusi DM di Instagram.

“Namun saya memaafkannya dengan harapan dia akan berubah. Namun sangkaan saya meleset, dia masih berperangai buruk biarpun selepas kami dikurniakan cahaya mata.

“Kejadian yang berlaku telah menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, peserta program realiti yang berusia 29 tahun itu juga dikatakan sering menghantar kiriman dalam bentuk DM kepada gadis-gadis muda secara rawak di Instagram dengan niat untuk memulakan perbualan tidak senonoh.

“Sepatutnya dia gunakan gelaran yang dipikulnya untuk berdakwah dan menegakkan agama, tapi lain pula jadinya. Dia menggunakan pengaruhnya di laman sosial untuk berkenalan dengan beberapa gadis muda.

“Malah saya diberitahu oleh beberapa mangsanya yang dia sering memulakan perbualan mesra malah cuba untuk membuat panggilan video,” tambahnya.

Antara pendedahan yang dibuat isteri pendakwah selebriti tersebut

Wanita terbabit yang hadir ke pejabat mStar turut mendedahkan dia juga berhasrat untuk membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya itu.

Dalam pada itu pendakwah terbabit yang menghubungi mStar memohon agar isu berkenaan tidak dipanjangkan.

Dia bagaimanapun enggan memberi ulasan lanjut berhubung tuduhan isterinya itu.

Sumber: MSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*