Elly Mazlein selamat bertunang namun wajah tunang masih rahsia, ini punca Elly masih rahsiakan siapa tunang nya itu

PENYANYI, pelakon dan pengacara popular Elly Mazlein tetap merahsiakan wajah tunangnya, Mohamad Azlan dalam majlis pertunangan mereka yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam majlis pertunangan yang berlangsung jam 1.10 petang itu, ibu Azlan iaitu menyarungkan cincin di jari manis penyanyi lagu Atas Nama Cinta itu.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ketika ditemui berkata, dia hanya akan berkongsi wajah tunangnya itu pada majlis berinai yang akan diadakan bulan depan.

“Dia bukanlah orang industri hiburan. Dia perlukan sedikit masa untuk membiasakan diri. Saya pun dah mula mengajaknya ke majlis-majlis untuk biasakan dengan orang-orang industri hiburan.

“Insya-Allah, saya akan perkenalkannya kepada semua menjelang majlis berinai yang akan berlangsung Januari nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Elly meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis hari ini.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Jadi, saya rasa sangat bahagia dapat meraikan majlis pertunangan ini dan berkongsi rasa bahagia bersama keluarga serta rakan-rakan media,” katanya.

Mereka bakal dijabkabul pada 17 Januari tahun dan dalam bulan yang sama turut berlangsung majlis berinai, resepsi dan majlis menyambut menantu di Kuala Krai, Kelantan.

Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup ini dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan media.

Hampir 200 tetamu yang hadir dihiburkan dengan persembahan penyanyi Indah Ruhaila dan Siti Sarah.

Pada majlis itu juga, pihak lelaki menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Elly.

Elly dan Azlan berkenalan pada Ogos tahun lalu dan majlis merisik diadakan pada 19 Oktober lalu.

Sumber Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*