“Baju Yang Saya Pakai Tu Besar..”- Ini Pended4han Uqasha Senrose Setelah Tul4r Dirinya Sedang Berbadan Dua

Aktres jelita Uqasha Senrose menafikan dirinya yang dikatakan sedang berbadan dua.

Tul4r di platform TikTok apabila Uqasha dan suami Kamal Adli berjalan di sebuah pasar malam sambil pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa dilihat memeg4ng bahagian perutnya sambil berjalan.

Tampil menjawab dakwaan itu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30, memaklumkan dia masih belum hamil.

“Masa tu baju yang Qasha pakai besar dan dia macam terbang-terbang, so Qasha peg4ng kat bahagian perut. Baju tu pulak sent3ng.

“Benda baik mestilah orang macam happy dan excited, orang pulak ingat Qasha dah ada isi.

“Qasha tak nak cakap banyak tapi buat masa sekarang kami berdua masih sibuk dengan kerja. Nak kata merancang pun tak jugak tapi kalau ada rezeki, ada,” jelasnya kepada Gempak.

Tambah kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini lagi, berat badannya bertambah selepas berkahwin sehingga membuatkan tubuhnya kelihatan berisi.

“Banyak yang tegur Qasha dah berisi. Tapi bukannya isi apa, Qasha memang dah gemvk. Berat badan pun naik sebab enjoy sangat makan. Kamal pun berat naik. Tapi itu la, kalau dah ramai orang tegur tu, kami kena berpada-padalah,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Uqasha dan Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 36, mendirikan rumah tangga pada 5 November lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di sebuah vila di Janda Baik, Pahang.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*