Erra Fazira Kena Berbincang Dulu Dengan Engku Emran Bagi Mendapatkan Lampu Hijau Sebagai Kebenaran

Walaupun telah lama berpis4h,pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 47, tetap tidak mengenepikan bek4s suami mengenai sebarang kebajikan dan keputusan mengenai anak tunggal mereka, Engku Aleesya, 11.

Buktinya, mengenai kerjaya seni termasuklah berlakon iklan yang ditawarkan kepada Engku Aleesya, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek berkata dia kena terlebih dulu berbincang dengan bekas suami bagi mendapatkan kata sepakat seterusnya ‘lampu hijau’ sebagai kebenaran.

“Permintaan tawaran untuk Aleesya ber4ksi di hadapan kamera memang ada saja diterima. Ada yang berminat nak dia muncul buat iklan. Tapi, saya tak boleh buat keputusan itu sendiri tanpa berbincang dan mendapat ‘lampu hijau’ daripada bapanya.

“Sekarang, selagi Aleesya belum boleh buat keputusan sendiri, saya tidak akan membawa dia ke depan lagi. Biarlah dia yang menentukan apa minat dan kesukaannya, manakala saya akan menyokong saja,” katanya lagi seperti yang dipetik dalam Harian Metro.

Ujar ‘primadona’ filem Melayu ini, dia tidak akan menye-kat apa saja kerjaya diminati anak perempuan kesayangannya itu pada masa akan datang, meskipun Aleesya bakal mengikut jejak langkahnya sebagai anak seni suatu hari nanti.

“Sebagai ibu moden yang berkerjaya, saya sejujurnya lebih selesa menyokong segala minat anak dan tidak meletakkan kerjaya tertentu untuk dipilihnya. Bagi saya, dia berhak buat keputusan mengikut apa minat dan kesukaannya.

“Untuk Aleesya, saya akan sokong semua yang dia minat dan tidak akan mengawalnya. Begitu juga jika dia berminat menceburi kerjaya seni suatu hari nanti, saya tidak akan menghalag tetapi memantau saja.

“Apapun setiap keputusan membabitkan Aleesya sekarang, saya dan bapanya kena berbincang dan mendapat kata sepakat. Sekiranya pihak sana (bekas suami) okey dan beri ‘lampu hijau, saya tiada masa-lah,” katanya lagi.

Setelah Berdiam Diri,Akhirnya Bekas Isteri Engku Emran Bersuara!! Ini Resp0n Erra Fazira Selepas Engku Emran Bernikah Dengan Noor Nabila

KUALA LUMPUR: Artis terkenal, Erra Fazira menitipkan doa semoga bahtera rumah tangga yang dibina bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan Noor Nabila Mohd Noor akan berkekalan hingga ke syurga.

Kata pelakon dan penyanyi masyhur itu, harapannya juga pasangan pengantin baharu itu akan mengecapi kebahagiaan z.ahir dan b.atin di dunia dan a.khirat.

“Tahniah buat pengantin baharu. Doa saya semoga (perkahwinan) mereka kekal hingga ke jannah dan berbahagia zahir batin di dunia dan akhlrat,” kata Erra ketika dihubungi.

Video:

Engku Emran, 46, menamatkan zaman duda buat kali kedua dengan menikahi Noor Nabila, 36, yang juga kakak kepada usahawan dan s.elebriti m.asyhur, Neelofa pada pagi Jumaat.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Engku Emran dan kedua buat Noor Nabila.

Engku Emran berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun, men0ktahkan pernikahan mereka pada 18 Februari 2014.

Personaliti media itu kemudian bertemu jodoh dengan pelakon ternama Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017.

Bagaimanapun, pada 1 Julai 2020, Laudya mengumumkan pernikahannya dengan Engku Emran sudah berakhir.

Manakala, Noor Nabila pula pernah bernikah dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada Julai 2020 selepas hampir setahun berhadapan k.risls rumah tangga.

Noor Nabila dan Sharnaaz dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden yang kini berusia tiga tahun.

Sumber:Astro Awani

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Harian Metro Via BartaSangBad.Site

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*