“Jaja Ada Title Doktor, Siap Buka Kolej Mahu T1pu Orang,” Iqram Dinzly P3rli Fazley Yaakob Pula?

Iqram Dinzly berterima kasih kepada netizen yang bijak menilai ketika dirinya hebat dikec4m berkaitan gimik yang melibatkan dirinya dan Mona Allen baru-baru ini.

Sebelum ini memang Iqram mengaku dia cekik Mona adalah sekadar gimik untuk melariskan drama lakonan mereka.

Disebabkan itu ramai yang mengecamnya termasuk Fazley.

Kata Fazley, sejak berlakon dia tak pernah diminta melakukan sebarang gimik di set penggambaran.

Tambanya dia berasa janggal melihat rentetan ‘drama di media sosial’ dan mempersoalkan keperluan orang ramai untuk terus menonton drama yang dipromosikan berdasarkan gimik dan promosi ‘murahan’ tersebut.

Di Insta Story, Iqram memuat naik komen seorang netizen dan ramai yakin Iqram sebenarnya perli Fazley Yaakob.

Foto: Via murai.my

“Itu cara marketing orang. Sama lah dulu beli title Doktor Dari kolej mana. Lepas tu jaja ada title Doktor. Siap buka kolej mahu tipu orang,” tulis netizen tersebut.

Susulan itu Iqram memuji netizen tersebut dengan menyatakan, OOPS netizen bijak menilai. Makin j4tuh hati dengan netizen pulak rasanya. Muahs”

“Saya Berlakon Dan Menyanyi Dari Tahun 1999 Lagi, Masa tu Takde Pula Kami Diminta Buat Gimik Atau Propa…,” – Fazley Yaakob

Terdahulu Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui ketika awal penglibatannya dalam dunia lokanan lebih dua dekad lalu, dia tidak diminta mana-mana pihak untuk melakukan gimik terhadap naskhah yang dilakonkan.

Menurut Fazley yang mulai berjinak-jinak lakonan menerusi drama bersiri Sembilu Kasih, dia akui rasa ‘janggal’ melihat perkara berkenaan di media sosial.

Perkara tersebut dikongsikan Fazley menerusi satu hantaran di Instagram, membabitkan perkara berkenaan.

“Saya mula berlakon dan menyanyi dari tahun 1999 lagi. Bermula dengan drama bersiri #Sembilukasih , kemudian ke telefilem, dan ke filem2 seperti #Gerakkhasthemovie2, #JanjiDiana dan #Gilabola.

“Masa tu, takde pula kami di minta buat gimik/propa kena cekik dan mencekik pelakon di set, atau ‘berlakon’ pengsan depan pengarah & crew produksi.

“Atau buat-buat tercekik masa scene makan-makan sampai terpaksa panggil ambulan betul-betul bukan yang di siapkan untuk scene lakonan!,” tulisnya.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Asmara Ini turut mempersoalkan mengenai situasi ‘drama dalam drama’.

“23 tahun sebagai insan seni, rasanya saya tetap rasa janggal melihat rentetan “drama di media sosial” selepas drama sebenar yang mengikut skrip. Jika benarlah, ini cara terbaru “marketing” drama, makin tertipulah kita semua, tak begitu?

“Drama dalam drama di dalam drama?! Perlu ke melayan drama yang di promosi berdasarkan gimik dan marketing murahan? Aisehman.. pening jadinya! Korang rasa?,” tulisnya lagi.

Apa pendapat anda? Team Iqram ke team Fazley? -CARI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*