Izzue Akui Mula Rasa Kurang Dalam Perjalanan Karier Seninya Selepas Keluar Dari Kumpulan Forteen

SELEPAS membuat keputusan untuk keluar daripada kumpulan Forteen sekitar tahun 2018, Izzue Islam mengakui mula merasakan kekurangan dalam perjalanan karier seninya tidak seperti semasa mereka bersama dahulu.

Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 32, memberitahu hubvngannya dengan tiga anggota Forteen lain masih baik, namun dia memilih untuk tidak masuk campur urusan kerjaya rakan-rakannya itu.

“Perjalanan kerjaya seni saya masih sama seperti dahulu. Sejak bersama Forteen pun mereka tahu aktiviti seni saya secara solo dan mereka tidak pernah ada masalah.

“Sekarang ini ada rasa sedikit rasa kurang. Bukan bermakna mereka tidak sokong cumanya apabila tidak bersama, mungkin apa-apa masalah atau keputusan dalam kerjaya saya perlu buat sendiri.

“Hubungan saya dengan semua anggota Forteen masih baik. Kami selalu berhubung tetapi saya tidak campur tangan dalam perancangan kerjaya mereka lagi,” katanya kepada mStar.

Izzue masih berhubung rapat dengan anggota Forteen lain.

Bercakap tentang kerjaya seni, Izzue kini dilihat lebih memberi fokus kepada bidang pengacaraan kerana kurang tawaran nyanyian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebelum ini.

Mula jatvh hati menjadi pengacara, Izzue juga berkata dia jarang mengambil tawaran berlakon yang memerlukannya membawa watak utama kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen di lokasi penggambaran.

“Sejak PKP sebelum ini tidak banyak tawaran menyanyi. Ada beberapa tawaran sebagai pengacara program atas talian dan saya mula suka dengan bidang ini. Bagaimanapun saya masih baru dan banyak yang perlu diperbaiki.

Bukan bermakna mereka tidak sokong cumannya apabila tidak bersama, mungkin apa-apa masalah atau keputusan dalam kerjaya saya perlu buat sendiri

IZZUE ISLAM

PENYANYI/PELAKON

“Kerjaya lakonan masih berjalan lancar, cuma saya lebih memilih sebagai watak supporting. Kalau jadi hero perlukan tempoh masa yang panjang di lokasi, jadi saya takut tidak boleh bahagikan komitmen dengan job sebagai pengacara,” ujarnya.

Izzue ditemui ketika majlis pelancaran sitkom terbaharu lakonan berjudul Lot 69 yang akan disiarkan di saluran Awesome TV bermula 11 Jun depan.

Diberikan watak yang memerlukan dia bercakap dalah loghat Kelantan, Izzue mengakui ia merupakan satu cabaran sukar meskipun berasal dari negeri tersebut.

Bersama pengarah dan barisan pelakon Lot 69.

“Sebenarnya bukan mudah nak bercakap dalam dialek Kelantan sebab sekarang ini saya jarang praktikkannya dalam kehidupan harian. Ada juga perkataan dalam skrip sitkom ini yang menggunakan loghat Kelantan terlalu pekat.” jelasnya.

Selain Izzue, sitkom arahan Bob Hashim ini turut menampilkan pelakon lain seperti Rozita Che Wan, Fahrin Ahmad, Ali Puteh dan Nina Smith.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*