Pihak Bomba Sendiri Terkejut Dan Memang Tak Sangka Apabila Menjumpaii Jen4zahh Pitt Hanif Stlah 2 Hari Hilang Dalam Sungai

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui may4t pengarah filem Firdaus Hanif, 43.

Azli dipetik berkata m4yat allahy4rham ditemui di Sungai Jelai pada 4.25 petang tadi dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masuk hari kedua pada hari ini telah dihentikan pada pukul 5 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu operasi mencari dan menyelamat pengarah filem, Firdaus Hanif, 43, yang dikhuatiri lemas di Sungai Jelai semalam, diperluas sehingga 30 kilometer dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat.

Pihak polis berkata operasi dimulakan pada lapan pagi tadi dengan melibatkan 15 bot, selepas dihentikan tujuh malam.

“Operasi hari ini disertai 74 individu termasuk anggota dan pegawai daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk setempat.

“Lima anggota daripada pasukan penyelam bomba juga turut serta dalam operasi hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, mangsa dilaporkan hilang berhampiran Jambatan Gemunchur di Mela selepas bot fiber dinaikinya bersama rakan untuk memancing terbalik dengan rakannya ditemui selamat.

Menurut Fauziah, pihak bomba memaklumkan jen4zah ditemui dalam keadaan baik biarpun sudah hampir dua hari di dalam air.

“Saya ingin mengumumkan bahawa jenaazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pit Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok.

“Berita itu diberitahu adik saya, Mohamad Fauzi yang berada di lokasi. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan dan yang berusaha mencari jenaazah anak saya.

“Alhamdulillah menurut adik saya, pihak bomba yang jumpa jenaazah berkata tak pernah lagi mereka jumpa jenazaah seperti itu sudah dalam air selama dua hari,” katanya sambil tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

“Berakhir sudah hidup anak saya pada usia 43 tahun. Alhamdulillah, jenaazahnya ditemui dengan keadaan sangat elok. Ini diberitahu oleh adik saya, Mohd Fauzi Nawi yang berada di lokasi.

“Jenaazah kini berada di Hospital Kuala Lipis dan saya tidak pasti sama ada akan dibawa ke rumah saya di Taman Melati atau ke rumah besan, di mana arwah tinggal sebelum ini,” katanya.

Fauziah menerusi siaran langsung itu turut memohon maaf kepada semua yang cuba menghubunginya kerana tidak mampu menjawab sebarang panggilan buat masa ini.

“Saya memohon kepada semua, jangan hubungi saya, saya tak larat nak jawab…,” katanya dalam nada sebak.

Difahamkan, Firdaus berada di daerah itu bagi menyiapkan penggambaran filem Coast Guard yang bermula kira-kira dua bulan lalu.

Firdaus meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad, 42, dan tiga anak perempuan berusia tujuh hingga 16 tahun.

Sumber : MSTAR ONLINE / BERITA HARIAN / MALAYSIA KINI

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*