Haiwan Misteri Muncul Semasa Banjir, Rupa Seperti Lintah Gergasi Yang Berkepala Ular

Seekor Haiwan Misteri Berkepala Ular Seperti Lintah Gergasi  Muncul Ketika Banjir Dan Menggemparkan Para Penduduk. Semasa musim banjir ini, memang akan ada makhluk atau haiwan yang tidak dikenali ditemui sama ada dihanyutkan oleh air banjir mahupun keluar dari tempat asal dia.

Beberapa gambar kononnya lintah gergasi yang ditemui semasa banjir ni dah menjadi perbualan heboh masyarakat di dalam laman sosial.

Rata-rata netizen tidak pernah menjumpai haiwan berfizikal aneh seperti itu! Tapi sebenarnya, binatang dalam gambar tu bukanlah seekor lintah. Ianya adalah seekor ular yang dipanggil ular guni buruk atau elephant trunk snake dimana nama saintifiknya adalah “Acrochordus granules”

 

teamnetizen.com - Haiwan Misteri Muncul Semasa Banjir, Rupa Seperti Lintah Gergasi Yang Berkepala Ular

Ular jenis ni tak berbahaya, kepalanya seperti belut namun badannya berkedut seperti guni. Haiwan ini selalu di temui di negara Australia dan jarang sekali ditemui di Malaysia.

teamnetizen.com - Haiwan Misteri Muncul Semasa Banjir, Rupa Seperti Lintah Gergasi Yang Berkepala Ular teamnetizen.com - Haiwan Misteri Muncul Semasa Banjir, Rupa Seperti Lintah Gergasi Yang Berkepala Ular

Oleh kerana itu, peduduk setempat tidak mengetahui tentang ular ini.

Spesis ini memakan apa sahaja hidupan air yang kecil, tiada racun dan juga tak mampu mematuk. Berenang di dasar air tawar untuk mencari makan.

teamnetizen.com - Haiwan Misteri Muncul Semasa Banjir, Rupa Seperti Lintah Gergasi Yang Berkepala Ular

Tetapi awas!! gigitan ular ni agak menyakitkan jika terkena. Ular ini mendiami kawasan air tawar yang cetek mahupun dalam dan jarang sekali ditemui penduduk kerana populasinya diancam kepupusan.

teamnetizen.com - Haiwan Misteri Muncul Semasa Banjir, Rupa Seperti Lintah Gergasi Yang Berkepala Ular

Hati-hati jika di dalam air, takut terserempak dengan ‘lintah gergasi’ ini. Tapi rasanya majoriti orang akan buka langkah seribu kalau terjumpa “lintah gergasi” ini.

Orang ramai juga disarankan supaya mengambil langkah berhati-hati dan jangan nak memandai-mandai jika terjumpa haiwan yang pelik ketika musim sekarang.

Sumber applehijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*