Drama Terbaru Syahmi Sazli Ada Kena Mengena Dengan Ustaz 18,19. Tengok Lakonan Asif Jadi Ustaz Buat Ramai Terpegun

Kebetulan hari ini tarikh 18 esok tarikh 19. Video terbaru Syahmi berada di bawah artikel ye. Selamat membaca.

Siapa sahaja yang tidak mengenali Youtuber yang berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli yang saban hari namanya semakin dikenali dan melonjak naik. Video-video pendek yang dimuat naik di Channel Youtube miliknya mendapat perhatian oleh warganet sehingga mencecah hampir 2 juta pengikut.

Dalam pada itu, Slot Drama Spontan yang diarahkan sendiri oleh Syahmi dengan menampilkan lakonan Asif dan Yoe mendapat sambutan hangat sehingga beberapa kali trending di Youtube. Para peminat video drama spontan pasti tertanya-tanya berapakah jumlah pendapatan bulan yang diterima Syahmi Sazli.

ASIF JADI USTAZ DALAM DRAMA TERBARU SYAHMI SAZLI

Asif memang popular dengan lakonan Drama Spontan dan kali ini karekter Asif tampak lebih serius dan mengikuti skrip. Dipetik dari MSTAR ONLINE, Syahmi pernah memberitahu bukan mudah untuk menyuruh Asif berlakon ikut skrip dan disebabkan itulah Drama Spontan diterbitkan.

“Sebenarnya saya pernah cuba tampilkan Asif dalam drama pendek saya yang ada skrip pada tahun lalu selepas saya perasan dia memang suka sangat dengan kamera.

“Tapi lakonan Asif tak menjadi sebab dia tak boleh nak hafal skrip dan ikut apa yang sudah dirancang. Jadi, saya mula terfikir macam mana nak tukarkan kelemahan dia itu menjadi kekuatannya.

Drama seperti kejadian tular mengenai Da’i Farhan berkahwin lain dan menceraikan isteri pertama

Drama yang bertajuk Drama Separuh Jadi: Ustaz Asif Curang dibintangi oleh Asif Suhaimi, Wanie, Nissa dan Syahmi Sazli sendiri (takde Yoe Parey).

Kisah mengenai seorang Ustaz yang berkahwin lagi satu dan menceraikan isteri ketika sedang mengandung. Macam pernah nampak drama ini kan .. hehe!

Adakah ini secara kebetulan atau tidak?

Walaupun tiada banyak elemen jenaka dalam drama tersebut tetapi rata rata ramai suka tengok Asif mampu membawa watak serius.

Tidak sampai 2 jam, jumlah tontonan di Youtube Syahmi Sazli sudah hampir mencecah 200 ribu view. Jarang sekali video Syahmi Sazli tidak trending di Youtube.

Semoga Syahmi dan Asif berjaya, dipermudahkan dan dimurahkan lagi rezeki. Insyallah.

Artikel By: Viddy Media

Jika anda suka kan artikel ini, sila like dan follow page Viddy Media. Artikel ini ditulis sepenuhnya oleh editor Viddy Media dan dilarang untuk salin semula tanpa kebenaran.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*