Bakal meIahirkan anak kelima tidak lama lagi, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi laman Instagram memaklumkan isterinya, Datin Shahida kini berada di dewan bersaIin.
Hampir lapan jam menanti dan memantau perkembangan si isteri dan bayi yang bakal Iahir, penyanyi dan usahawan ini menjelaskan, dia berjanji untuk menjadi suami yang lebih baik.
“Beranak sebelum waktunya .. Sebenarnya isteri saya dijangka bersaIin pada hari Ahad ni.. tapi semalam dah start rasa sak1t jadi doctor cakap amgensi kena branak hari ni..jadi semua benda cancel demi menanmi isteri melahirkan.
“Bagi abang ini adalah pengalaman yang perlu dirasai setiap suami.. kerana ia tidak boleh di ulang lagi.. Bila kita menemankan isteri kita dalam loberroom ni.
“Benda pertama sekali suami akan rasa perasaan terlalu bersalah dan terus hiIang smua ego.. maklumlah ..lelaki kan selalu nak memang,” tulisnya.
Malah jelasnya, orang luar sentiasa melihat mereka pasangan bahagia, namun dugaan berumahtangga hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
“Sebab tu hari ini saya nak minta maaf dgn pasangan gaduh,cinta,isteri, syg sy @shahidadherbs kalau saya ada salah kat awak. Orang mungkin tengok kami bahagia di laman sosial tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Pelbagai dvgaan dalam rumah tangga ini .. hanya orang yang dah kahwin sahaja tahu .. tapi sy yakin yg terbaik utk awak dan awak terbaik utk sy samoai mati syg.
“Kalau tengok dugaan wanita yang ingin maIahirkan anak secara live.. terasa macam nak menjadi seorang suami lindungan syurga.. nak ikut jee smua cakap isteri.. sbb tu abg x malu nak mintak maaf
“Abang harap kami punya jodoh panjang sampai ke mat1…. sbb tak sanggup nak tngok dia sak1t.. doakan wife abg selamat dan mudah meIahirkanya.. ni dah 8jam duduk sini.. dr pagi sampai thari.. (Untuk melihat video penuh abang akan posting dekat YouTube 08:00 malam ini di YouTube tv Telajak laris jangan lupa tonton),” kongsinya panjang lebar.
Diruang komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan ini kerana bakal menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.
Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat cahaya mata sebelum ini serta seorang anak angkat.
DS Shahida Selamat Melahirkan Anak
Menjengah Instagram Bonda Rozita, Bonda ada memuat naik gambar bayi. DS Shahida selamat melahirkan anak perempuan pada jam 5.30 petang.
Foto : Instagram Aliff Syukri / Bonda Rozita
Leave a Reply