Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi ratu irama tradisional Malaysia, Noraniza Idris yang sudah lama bergiat dalam industri seni tanah air..
Baru-baru ini, menerusi akaun Instagram miliknya ada memuat naik sekeping foto di laman media sosi@l Instagram miliknya.
Menariknya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Awallah Dongdang ini telah berkongsi foto dirinya ketika di bangku sekolah menengah.
“Gambar Form4 @sekolahtinggikluang Bersama teman paling cool @norlaily_myusof .Masih sama walaupun makin mudo kita ya,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen posting berkenaan, rata-rata peminat juga turut memberi pelbagai re@ksi melihat perkongsian penyanyi berusia 51 tahun itu.
Untuk rekod, Noraniza atau nama sebenarnya Nor Aniza Idris telah dilahirkan pada 27 Ogos 1968 di Kluang, Johor.
Foto: Instagram Noraniza Idris
Leave a Reply