Takziah Roslan Shah Atas Kehilangan, Beliau Juga Rasa Amat Terkilan Dan Ini Luahannya

SELEPAS kira-kira dua bulan menjalani pembedahan membuang batu dalam perut dan kemudian disahkan menghidap k4nser perut tahap empat, ibu kepada pelakon dan pengacara Roslan Shah pergi bertemu penciptaNya kira-kira pukul 7 malam, Jumaat.

Menurut Roslan atau mesra dengan panggilan Cik Lan, ibunya itu menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tempines Street, Singapura.

“Ibu tercinta Cik Lan meningg4l dunia pukul 7 malam di rumah Block 727, Tempines Street 71, Singapura.

“Sedekahkan Al-Fatihah buat ibu tercinta, Mariam Kari”, tulis Roslan.

Dalam pada itu, Roslan bagaimanapun meluahkan rasa terkilan apabila dia tiada di sisi ibunya sewaktu arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

“Mak… kenapa tak tunggu Lan mak? Lan dalam perjalanan pulang, mak tinggalkan Lan.

“Cik Lan dah on the way dah nak masuk Ayer Keroh,” ujarnya.

Berita sedih itu dimaklumkan menerusi Instastory pada Jumaat.

Ibunya sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac, sebelum disahkan menghidap k4nser perut tahap empat pada Oktober lalu.

Sebelum ini doktor turut memberitahu ibunya yang berusia 79 tahun itu mempunyai jangka hayat selama enam bulan hingga setahun untuk hidup.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*